Thursday 15 May 2014

Kenapa Perlu Berbengkung?


Mengapa berbengkung?

Tujuan penting memakai bengkung adalah:
  1. Mengekalkan bentuk badan
  2. Membantu mengempiskan perut selepas bersalin
  3. Memberi kesegaran kepada badan
  4. Mempercepatkan proses pengecutan rahim
  5. Mengelakkan rasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin
  6. Memberi sokongan pada perut apabila bergerak dan mengetatkan semula otot – otot yang lemah selepas bersalin
  7. Menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran
  8. Membantu dalam penyusuan ibu iaitu menyediakan postur yang baik kepada ibu semasa menyusu bayi
  9. Membantu memecahkan toksik lendir dan menghalang kemasukan angina dalam perut
  10. Darah nifas keluar sempurna dan kitaran haid menjadi teratur
  11. Membantu mengembalikan kedudukan peranakan (rahim)
  12. Membantu merapatkan tulang punggung
Tips : Pastikan pemilihan saiz dan labuh Bengkung Super yang betul iaitu menutupi bahagian bawah dada sehingga bahagian punggung. Ini adalah untuk mengelakkan badan menjadi bentuk 'Pear' :)

Tuesday 7 January 2014

Kelebihan Bengkung dan Bertungku Selepas Bersalin

Memperoleh badan yang sihat dan langsing seperti sedia kala menjadi idaman wanita yang baru saja melahirkan anak. Namun ada wanita beranggapan proses berpantang selama 44 hari adalah tempoh masa membosankan.
Begitupun bagi ibu yang tahu akan rahsia berpantang, akan menggunakan masa sebaiknya serta menjaga tingkah laku, makan, minum serta amalan tradisional mengikut warisan pusaka nenek moyang bagi mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.
Amalan berpantang mempunyai banyak kebaikan bukan saja kepada ibu, malah bayi yang baru dilahirkan.
Ini kerana wanita bersalin memerlukan sokongan serta bimbingan dari segi emosi dan fizikal kerana kehilangan banyak tenaga ketika proses bersalin, sekali gus menyembuhkan luka dan kesakitan selepas bersalin.
Justeru, ibu dinasihatkan mengamalkan pemakaian bengkung, bertungku dan mandi herba secara eksklusif dalam tempoh tertentu sekiranya ingin kembali sihat, langsing serta cergas.

Kelebihan Memakai Bengkung Super

Bengkung berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna.
Bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung.
Pemakaian bengkung yang kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.
Pada kebiasaanya si ibu akan duduk dalam posisi yang tidak betul ketika menyusukan bayi, justeru, bengkung baik untuk menyokong tulang kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang sepenuhnya.
Selain itu, bengkung juga membantu menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
Bengkung yang baik mempunyai diameter panjang daripada paras payudara sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim serta membataskan pergerakan si pemakai.
Bagi ibu yang melahirkan anak secara normal, bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi.
Pemakaian bengkung boleh bermula pada hari keempat sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang dikehendaki. Bagi mendapat kesan maksimum pakai minyak panas dulu sebelum berbengkung.
Bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, pemakaian bengkung boleh dimulakan seawal hari ke-14. Sebaik-baiknya sediakan dua bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya.

Kelebihan Bertungku

Selain bengkung, bertungku adalah amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500 mililiter dan beratnya kira-kira 1.5 kilogram.
Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan.
Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh.
Sebelum bertungku besi atau batu, tungku perlu dipanaskan terlebih dulu selama satu jam di atas api sederhana.
Kemudian tungku dibalut dengan kain cita yang sudah dilapik daun mengkudu. Jika daun mengkudu tiada boleh diganti daun sirih atau lengkuas.
Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku.
Proses bertungku boleh dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Bertungku penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
Justeru, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Berurut

Selepas bertungku, bagi mengembalikan kesegaran badan, wanita digalakkan berurut selama tiga hari berturut-turut pada setiap pagi sebelum mandi. Ini dilakukan seminggu selepas bersalin dan diteruskan pada penghujung pantang iaitu hari ke-42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.
Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi menggunakan minyak angin seperti serai wangi atau kayu putih selama satu jam atau lebih.
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kotoran. Berurut juga membantu membanyakkan susu ibu dalam tempoh berpantang.

Mandian Herba

Setelah selesai bertungku dan berurut, wanita bersalin digalakkan mandi menggunakan air rebusan daun kunyit, lenggundi, secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, pisang kelat, capa, inai, bebuas, mengkudu dan rempah halba untuk membuang angin, menyegarkan urat, memulihkan tenaga, menghilangkan bau badan, membantu melancarkan pengeluaran susu ibu serta mengatasi masalah kebas dan sengal tulang.
Pada hari ini, mandian herba ini lebih mudah dilaksanakan kerana, kesemua daun herba tersebut sudah di pakejkan dalam bentuk bunjut, dan pengguna hanya perlu merebuskannya sahaja di dalam air.

Amalan Pemakanan

Selain amalan di atas, pemakanan juga harus dijaga dengan mengamalkan makanan kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Elakkan minum air batu kerana akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus.
Lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah-ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
Ibu harus tahu makanan apa yang boleh dimakan atau tidak kerana ibu yang menyusukan anak harus menitikberatkan makanan berkhasiat dan mengelak makanan berangin supaya bayi tidak kembung selepas disusukan.

Kelebihan Memakai Barut & Bedung Pada Bayi

Selain amalan berpantang untuk ibu, bayi juga harus dijaga sebaiknya. Amalan memakaikan barut (binder) untuk bayi memberi banyak manfaat antaranya mengelak bayi kembung, perutnya tidak mudah dimasuki angin, sekali gus memberi keselesaan kepada bayi.
Namun, pastikan ikatan barut tidak terlalu ketat. Minyak bayi juga boleh digunakan bersama barut untuk memberi keselesaan dan membuang angin dalam badan.
Bayi juga perlu dibedung supaya sentiasa tidur lena dan dan tidak mudah terkejut. Pemakaian bedung memberi keselesaan kepada bayi seakan seperti berada di dalam perut ibu mengandung.

Tuesday 3 December 2013

# Tips - Kejang Betis Ketika Hamil


Seringkali ibu hamil mengadu mengalami masalah kekejangan betis terutamanya pada waktu malam. Kesakitan yang dialami pasti mengganggu tidur si ibu hamil. Biasanya ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga.
 Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot dan membuatkan otot jadi kejang. Otot yang sering menjadi mangsa adalah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan beberapa minit, tetapi tidak sampai merosakkan otot betis anda.
 Antara punca berlaku kekejangan betis semasa hamil adalah:
 *Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil apa yang diperlukan daripada simpanan badan ibu.
 *Uterus (rahim) semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki dan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki.

Apa perlu buat?
*Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
*Urut otot yang kejang itu.
*Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh bejalan seperti biasa. 

Tip elakkan kekejangan betis
*Buat senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
 *Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulang dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
*Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
*Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
*Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
*Minum banyak air.

Thursday 22 August 2013

SUPER Langsing! SUPER Ramping! SUPER Menarik dengan Bengkung SUPER!

Anda sedang mengandung? Baru lepas bersalin dan perut memboyot?
Mencari-mencari bengkung bersalin berkualiti tinggi yang boleh dipakai sehingga anak 5, 6, 7 dan seterusnya?

Ketahui rahsia bagaimana mendapat perut yang kempis, pinggang yang langsing serta badan yang ramping setelah bersalin samada secara normal mahupun pembedahan. Hanya dalam tempoh 44 hari selepas tempoh berpantang!

Ya!! Hanya 44 Hari Sahaja! TANPA KESAN SAMPINGAN!

PERLU KE SAYA BERBENGKUNG?

Semestinya YA! YA! YA! terutamanya bagi ibu bersalin normal bagi mengelakkan angin sejuk memasuki liang-liang perut serta memudahkan angin panas dan kotor. Ketika proses bersalin, liang-liang badan ibu terbuka dan terdapat urat-urat yang putus. Oleh itu, berbengkunglah!! 

BAGAIMANAKAH CIRI BENGKUNG BERSALIN BERKUALITI TINGGI.

  • Bengkung bersalin yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke pinggul. KENAPA? Supaya dapat memberi sokongan kukuh ke atas rahim. Diameter yang pendek akan menyebabkan bengkung mudah ke atas dan menjejaskan kedudukan rahim dan menekan rahim ke bawah serta posisi rahim menjadi rendah. Pinggul yang tertinggal seperti terlebih isi dan potongan badan akan mengecil tidak sekata. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
  • Membatasi pergerakan ketika berpantang dan lebih berhati-hati apabila bergerak.


BENGKUNG BERSALIN SUPER


BENGKUNG BERSALIN SUPER DIJAHIT DARIPADA KAIN BELACU BERKUALITI TINGGI

Apa itu Kain Belacu

Kain belacu merupakan sejenis kain kapas asli yang belum diproses. Dahulu, kain ini digunakan untuk menyimpan tepung, guni dan sebagainya. Bengkung Super diperbuat daripada kain belacu yang berkualiti tinggi, tahan lasak dan lebih kejap. Boleh dipakai sehingga anak 2, 3, 4 dan seterusnya.



Malas nak berbengkung? Tidak muat saiz bengkung? 
Tiada bengkung yang sesuai?


Bengkung Bersalin SUPER adalah penyelesaiannya!! Memperkenalkan Bengkung Bersalin Super yang direka khas untuk ibu-ibu selepas bersalin. Tidak kira sama ada bersalin secara normal atau pembedahan. Namun begitu, pastikan luka anda kering terlebih dahulu sebelum pemakaian. Selain itu, bengkung bersalin super juga amat mudah dipakai, praktikal dan selesa serta menarik!!

Bengkung Super menyediakan bengkung bersalin dari pelbagai jenis dan saiz. Tidak kira anda M, atau pun XL.

Jenis- jenis bengkung bersalin super

1) BENGKUNG BERSALIN SUPER RODA DUA

- mudah dipakai, kemas dan kejap
- terbahagi kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah. Memudahkan proses pembukaan dan pemakaian semula bengkung apabila ingin ke tandas
Klik gambar untuk lihat perbanding bengkung bersalin lain

2) BENGKUNG BERSALIN TALI & STRAP SUPER

- kemas, kejap dan boleh dipakai sendiri. Anda pasti kelihatan menarik dan yakin walaupun tengah berpantang. Terdapat velcro strap yang boleh menambah kekejapan berbengkung.
Klik gambar untuk lihat perbanding bengkung lain

3) BENGKUNG BERSALIN LILIT SUPER
4) BENGKUNG BERSALIN LIFELINE STRAP


Klik gambar untuk lihat perbanding bengkung lain


Tidakkah anda rasa patut untuk memiliki Bengkung Bersalin Super ini sekarang setelah mengetahui kebaikan nya?

Masih ingin tahu lagi kebaikan dan kelebihan Bengkung Bersalin Super ini? Ada lagi...


Cara Pemakaian Bengkung Super

Ianya amat Mudah, praktikal, kemas dan selesa serta menarik. Boleh dipakai secara sendiri tanpa bantuan orang. Klik di sini untuk cara memakai.



Mudah bukan?? Apa tunggu lagi... Tempah sekarang atau hubungi kami sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Bertindak sekarang sebelum terlewat..



PESANAN AKHIR SAYA 

1.  Jika anda telah membaca laman web ini hingga kesini, bermakna anda sememangnya seorang yang prihatin tentang kecantikan diri anda. TAHNIAH!!! Gedung Bengkung Bersalin menawarkan Bengkung Super yang boleh digunakan terutama kepada ibu-ibu bersalin.


2. Jika anda merasakan harganya mahal, cuba bandingkan dengan 
set pakaian pelangsing badan yang lain. Ternyata harganya masih terlalu murah dan tidak semahal set pakaian pelangsing badan yang lain.


3. Jangan beli dari saya jika anda masih ragu-ragu. Hubungi saya di 013-4617811. Saya amat gembira berkongsi dengan anda tentang kebaikan Bengkung Super.


4. Tidak pasti saiz Bengkung Super mana yang sesuai untuk anda? Hubungi saya. Saya seronok membantu anda.

5
. Ingin menempah melalui telefon? Sila hubungi saya di 013-4617811 kerana saya sentiasa bersedia menerima tempahan anda.

Beberapa Persoalan Mengenai Bengkung

Perlukah saya bengkung?

Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.Bagaimanakah ciri-ciri bengkung baik?

Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul akan tertinggal seperti terlebih isi dan potongan badan akan mengecil tidak sekata. Di bahagianpinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akanmembatasi pergerakan anda dan akan lebihberhati-hati apabila bergerak. 

Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? 

Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkungmembersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan? 

Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu(seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)

Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? 

Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untukmenyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokongdan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? 
Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!

Perlukah memakai minyak dengan bengkung? 
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Tampil Kembali Seperti Anak Dara dengan Bengkung Super

Bengkung Super adalah bengkung tradisional untuk mencantikkan serta melangsingkan badan dan pinggulBengkung Super ini sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin dan untuk pembentukkan badan yang menawan.
Memahami kehendak pelbagai pelanggan kami, kami menyediakanBengkung Super RodaBengkung Super Tali dan Bengkung Super Lilit, Bengkung Super Tali & Strap serta Bengkung Strap On Lifeline agar pelanggan kami dapat membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kehendak masing-masing.

Kami mengeluarkan Bengkung Super sejak tahun 2011. Kualiti adalah keutamaan kami agar pelanggan puas hati menggunakannya.
Kami turut menerima tempahan bengkung secara borong dan juga tempahan untuk rekaan bengkung dan jenama sendiri.